Satu "mailing list" untuk kegunaan Penduduk Taman Bangi3 telah pun dibina. Untuk menjadi ahli, sila hantar email ke TamanBangi3-subscribe @yahoogroups.com
Cara-cara untuk menjadi ahli:
Langkah pertama:
* Hantar email ke tamanbangi3-subscribe@yahoo.com
Contoh:
To: tamanbangi3-subscribe@yahoo.com
Subject: <leave blank>
Body of the message: <leave blank?
Langkah kedua:
* Anda akan menerima email dari Yahoo Group untuk mengesahkan permohonan untuk menjadi ahli TamanBangi3.
* Buka email tersebut,
* Tekan Reply
* Tekan Send.
Langkah ketiga:
* Selepas di sahkan oleh moderator, anda akan menerima 2 emails:
- dari Yahoo Groups yang mengesahkan keahlian anda dalam TamanBangi3@yahoogroups.com
- dari TamanBangi3 Moderator yang mengalu-alukan keahlian anda ke TamanBangi 3 group

Sekiranya, masih lagi menghadapi kesukaran untuk, sila lah hantar email terus kepada saya di insansiber at yahoo dot com. Saya akan menghantar jemputan melalui email untuk anda menjadi ahli tamanbangi3@yahoogroups.com

Sebagai ahli, anda sekarang boleh hantar sebarang email berkaitan dengan Taman kita kepada TamanBangi3@yahoogroups.com. Adalah diharapkan agar anda dapat mengikuti peraturan2 berikut:
1) Tidak menghantar email dengan attachment yang melebihi 2MB. Ini adalah kerana ramai ahli group ini yang menggunakan email office dan kita kalau boleh tidak mahu memenuhkan inbox mereka dengan attachment yang besar-besar. Sekiranya anda ada image yang besar yang ingin dikongsi, anda juga boleh berbuat demikian dengan meletakkan hyperlink ke image(s) tersebut.
2) Tidak menyentuh perkara2 yang boleh menggugat keharmonian kita semua yang tinggal di Taman Bangi 3 ini.