<-- Kembali SENARAI PENGUMUMAN TAMAN BANGI 3
Tajuk: AKTIVITI SEMPENA MAULIDUR RASUL 26-28HB FEBRUARY 2010
March 01, 2010
Dipos oleh : admin

Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan penuh untuk aktiviti Taman kita sempena Maulidur Rasul pada minggu yang lalu.
FUTSAL
Sebanyak 15 pasukan mengambil bahagian dengan jumlah peserta 75 orang.

 ISTANA PASIR
Sebanyak 8 pasukan mengambil bahagian dengan penyertaan 24 peserta. Pun begitu, kehadiran ibu bapa dan anak-anak bermain bersama peserta telah memeriahkan pertandingan ini. InsyaAllah, pertandingan seterusnya akan diadakan pada bulan April yang akan datang. Sebanyak dua lori pasir digunakan dan alhamdulillah, pasir berkenaan telah ditambak untuk fasa 1 bagi aktiviti membaik pulih taman yang sering banjir.

LAWATAN KE SINGAPURA MARCH 2011.
InsyaAllah, kita akan mengadakan lawatan ke Singapura awal tahun depan semasa cuti sekolah dan juga cuti semester institut pengajian tinggi. Amatlah diharapkan agar kita dapat sama-sama menyertai rombongan ini. Kita akan menyewa satu atau dua bas ke sana. Kita sedang memperincinkan kos setiap peserta dan pemakluman akan dibuat dari masa ke semasa. Diharap anda dapat merancang untuk turut sama dengan REMAJA melawat kota Singa ini.

 - Tajul -

Tajuk: Rompakan siang hari di No 2, Jalan 3/65
February 25, 2010
Dipos oleh : admin

Saya baru saja mendapat maklumat dari penduduk di taman sebelah mengenai rompakan yang berlaku semalam (23 Feb) @ No 2, Jalan 3/65. (Rumah jemaah surau kita Mejar Aziz cikgu taranum, Hj Nasarudin ex-MARA @ 3/64 kalau tak silap saya)

Kejadian berlaku sekitar 1 tengahari dimana perompak masuk ke rumah semasa pintu pagar terbuka, mengacukan pisau pada kanak-kanak dan memerintahkan maid memberikan emas (barang kemas) dan wang.

Dipercayai dilakukan oleh 2 orang lelaki, tinggi, berkulit hitam dan menaiki motor berwarna kehijauan. Ada kelihatan sebelum ini berligar ligar di sekitar taman mereka.

BERHATI-HATI. Mari kita pastikan pintu grill kita ditutup sekurang-kurangnya. Susah juga nak counter problem ni, kita cover malam, dia buat operasi siang pulak.

Subhi
(AJK Keselamatan TB3)

Tajuk: AKTIVITI SEMPENA MAULIDUR RASUL 26-28HB FEBRUARY 2010
February 19, 2010
Dipos oleh : admin

Sebagai tambahan, saya ingin mencadangkan kita mengadakan satu ceramah pengisian dengan pengkhususan tajuk berkaitan pejuang-pejuang remaja Islam. Harap kiranya kita dapat sama-sama mengenalpasti penceramah yang boleh mengisi slot ini.
 
Saya tengah usahakan untuk merakam aktiviti disiang hari dan menayangkannya selepas ceramah. Dengan ini, insyaAllah para remaja kita akan berada disurau sepanjang program pada malam itu.
 
Berkenaan jamuan, ingin juga dicadangkan kita buat macam di kampung masa dulu-dulu, setiap orang membawa makanan ala kadar dan dikongsi bersama selepas majlis selesai.
 
Pandangan dan ulasan dihargai.
 
Tajul,
tajulnizam@yahoo.com

Tajuk: AKTIVITI SEMPENA MAULIDUR RASUL 26-28HB FEBRUARY 2010
February 19, 2010
Dipos oleh : admin

InsyaAllah, dalam perancangan, kita akan menganjurkan aktiviti berikut pada Jumaat 26hb Feb 2010:
 
MINI FUTSAL - 8.00am - 11.30am
Bertempat di gelanggang sepaktakraw dan taman permainan di sebelah surau dan di taman permainan fasa 3 kita untuk anak-anak 15 tahun ke bawah.
 
PERTANDINGAN ISTANA PASIR - 8.00am - 11.30am
Di padang permainan sebelah surau.
InsyaAllah, andai "budget" dan perkiraan sesuai, kita bercadang untuk adakan pertandingan istana pasir untuk anak-anak (masih dalam perancangan) .
 
BOLASEPAK PADANG - 5.00pm
Disebelah petang akan diadakan perlawanan bolasepak di Pusat Sukan SS15 untuk anak-anak remaja 15 tahun ke atas.

Wassalam.
Tajul.

Tajuk: KEJOHANAN FUTSAL JEMPUTAN 5 SEBELAH TB3 PADA AHAD 6 DISEMBER
November 30, 2009
Dipos oleh : admin

Anda dijemput untuk memeriahkan kejohanan ini sebagai peserta atau petugas sukarela. Bersama ini turut dilampirkan maklumat tambahan:
 

TARIKH   :  AHAD, 6 DISEMBER 2009
MASA     :  8.00 PAGI – 12.30 TENGAHARI
TEMPAT   :  GELANGGANG AKTIF FUTSAL, B.B.BANGI
TARIKH TUTUP PENYERTAAN RABU 2 DISEMBER 09.
 

KATEGORI    UMUR (TAHUN)    TAHUN PERSEKOLAHAN PADA 2009

A        7 – 8        T1 & T2

B        9 – 10        T3 & T4

C        11 – 12        T5 & T6

D        Bawah 15    Ting 1 - 2

E        Terbuka - 15 tahun  dan ke  atasTing 3  dan dewasa

 

Wassalam

Tajul Nizam bin Ibrahim

013 3 423 423


Tajuk: Gerak Kerja Remaja TB3 sepanjang cuti sekolah
November 05, 2009
Dipos oleh : admin

Dimaklumkan bahawa berikut adalah perancangan Gerak Kerja Remaja TB3 bermula cuti sekolah pada bulan November dan Disember 2009:
 
1. Pada Sabtu 21hb Nov 09, lawatan mesra ke perkampungan saudara Baru di Desa Al Mansuriah, Dengkil - anak remaja lelaki dan wanita dijemput hadir.
2. Sambutan Hari Raya Qurban 27-28 Nov 09.
3. Sabtu 5hb Dis. 09, Kejohanan Futsal TB3 dan ceramah agama khusus utk remaja.
4. Pada Sabtu 12hb dan 13hb Dec 09, cadangan Sukan Banat peringkat TB3 (kerjasama dengan Biro Sukan).
5. Sabtu 26hb Nov 09, BBQ remaja.  
 
Segala sokongan dan pandangan membina amat dihargai dan didahulukan ribuan terima kasih.
 
TAJUL NIZAM BIN IBRAHIM
013 3 423 423

Tajuk: Program remaja TB3 bersama saudara baru di Desa Al Mansurah
October 29, 2009
Dipos oleh : admin

Dimaklumkan bahawa Biro Remaja TB3 bercadang menyertai program bersama saudara kita (Saudara Baru) yang telah memeluk agama Islam yang di anjurkan oleh Biro Wanita Surau Ar-Rahim Seksyen 8 Fasa 2, mengikut jadual berikut:
 
Tarikh - Sabtu 21hb November 2009
Waktu - 8.30pagi hingga 11.30 pagi
Tempat - Desa Mansuriah Dengkil
Agenda - Ziarah, Majlis gotong royong membersihkan surau serta jamuan ringan.
 
Tujuan aktiviti ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para remaja tentang kehidupan, cabaran dan hubungan kita dengan saudara kita ini.
 
Para aktivis muslimah surau SS8 akan mengendalikan urusan pengangkutan, jamuan dan aktiviti di sana.
 
Saya bersama Isteri turut serta pada lawatan ini dan kepada anda yang ada kelapangan, dijemput untuk bersama anak remaja (lelaki atau perempuan) mengikuti program ini.
 
InsyaAllah, kita berharap agar Remaja TB3 akan beroleh pengalaman baru dalam kehidupan mereka.
 
Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya di 013 3 423 423.
 
TAJUL NIZAM BIN IBRAHIM
Biro Remaja.

Tajuk: SAMBUTAN HARI RAYA DAN MERAIKAN BAKAL HAJI 2009
October 14, 2009
Dipos oleh : admin

Persatuan penduduk akan menganjurkan Majlis Hari Raya dan meraikan bakal-bakal haji peringkat Taman Bangi 3 di Surau Abdul Rahman bin Auf.
Agenda yang telah diatur adalah seperti berikut:
.
7:03 pm - Solat Maghrib di surau
7:20 pm – Solat Hajat diikuti doa selamat
7:35 pm – Ucapan Pengerusi Taman
7:50 pm – Ucapan Wakil Jemaah Haji
8:00 pm – Penyampaian Cenderamata kepada Jemaah Haji
8:12 pm – Solat Isyak
8:30 pm – Jamuan makan bermula

Semua penduduk / ahli kariah dijemput hadir
bersama keluarga.


Tajuk: Solat Hajat & Derma Mangsa di Padang, Indonesia
October 05, 2009
Dipos oleh : admin

InsyaAllah pada malam besok 6/10/09 (Selasa), kita akan sama2 mengadakan solat hajat di surau ARA selepas solat Isya bagi tujuan berikut:
 
1. Memohon daripada Allah swt agar memberikan kekuatan kepada sahabat/saudara yang berada di Padang di dalam menhadapi musibah yang besar.
2. Memohon daripada Allah swt agar memberi kejayaan kepada anak2 yang akan menghadapi peperiksaan PMR, SPM dan STPM seterusnya menjadi insan yang soleh dan solehah.
 
Selepas daripada itu kita akan melancarkan Tabung Bencana Padang bagi membantu sahabat/saudara kita di sana.
Semoga tuan/puan dapat hadir dan menyebarkan maklumat ini kepada yang lain.
 
Terima kasih.
 
Zulkarnain Yazid
Pengerusi Surau ARA

Tajuk: PELAKSANAAN SOLAT JUMAAT DI SURAU BANGI PERDANA
September 08, 2009
Dipos oleh : admin

Salam,
Saya bagi pihak Persatuan Penduduk Bangi Perdana (PPBP) merakamkan rasa syukur kepada Allah SWT di atas kelulusan ini dan lebih menggembirakan ianya jatuh pula pada bulan Ramadhan al-Mubarak ini. PPBP mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Pengerusi Surau BP dan AJK yang telah bertungkus lumus bagi mendapatkan kelulusan ini. Moga seluruh komuniti Bangi Perdana akan diberkati Allah dengan memanfaatkan surau ini untuk masyarakat sekitar Bandar Baru Bangi.

Kemudahan ini juga diharapkan dapat memastikan para remaja lelaki sekolah-sekolah yang bersekitaran dapat menunaikan solat jumaat dan tidak lagi ada yang cuba meninggalkannya. Sama-samalah kita santuni mereka. Terima kasih.

Fakhrul
SU PPBP