| <-- Kembali | SENARAI PENGUMUMAN TAMAN BANGI 3 |
|
Tajuk: Program remaja TB3 bersama saudara baru di Desa Al Mansurah October 29, 2009 Dipos oleh : admin Dimaklumkan bahawa Biro Remaja TB3 bercadang menyertai program bersama saudara kita (Saudara Baru) yang telah memeluk agama Islam yang di anjurkan oleh Biro Wanita Surau Ar-Rahim Seksyen 8 Fasa 2, mengikut jadual berikut: Tarikh - Sabtu 21hb November 2009 Waktu - 8.30pagi hingga 11.30 pagi Tempat - Desa Mansuriah Dengkil Agenda - Ziarah, Majlis gotong royong membersihkan surau serta jamuan ringan. Tujuan aktiviti ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para remaja tentang kehidupan, cabaran dan hubungan kita dengan saudara kita ini. Para aktivis muslimah surau SS8 akan mengendalikan urusan pengangkutan, jamuan dan aktiviti di sana. Saya bersama Isteri turut serta pada lawatan ini dan kepada anda yang ada kelapangan, dijemput untuk bersama anak remaja (lelaki atau perempuan) mengikuti program ini. InsyaAllah, kita berharap agar Remaja TB3 akan beroleh pengalaman baru dalam kehidupan mereka. Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya di 013 3 423 423. TAJUL NIZAM BIN IBRAHIM Biro Remaja. |
|
Tajuk: SAMBUTAN HARI RAYA DAN MERAIKAN BAKAL HAJI 2009 October 14, 2009 Dipos oleh : admin Persatuan penduduk akan menganjurkan Majlis Hari Raya dan meraikan bakal-bakal haji peringkat Taman Bangi 3 di Surau Abdul Rahman bin Auf. Agenda yang telah diatur adalah seperti berikut: . 7:03 pm - Solat Maghrib di surau 7:20 pm – Solat Hajat diikuti doa selamat 7:35 pm – Ucapan Pengerusi Taman 7:50 pm – Ucapan Wakil Jemaah Haji 8:00 pm – Penyampaian Cenderamata kepada Jemaah Haji 8:12 pm – Solat Isyak 8:30 pm – Jamuan makan bermula Semua penduduk / ahli kariah dijemput hadir bersama keluarga. |
|
Tajuk: Solat Hajat & Derma Mangsa di Padang, Indonesia October 05, 2009 Dipos oleh : admin InsyaAllah pada malam besok 6/10/09 (Selasa), kita akan sama2 mengadakan solat hajat di surau ARA selepas solat Isya bagi tujuan berikut: 1. Memohon daripada Allah swt agar memberikan kekuatan kepada sahabat/saudara yang berada di Padang di dalam menhadapi musibah yang besar. 2. Memohon daripada Allah swt agar memberi kejayaan kepada anak2 yang akan menghadapi peperiksaan PMR, SPM dan STPM seterusnya menjadi insan yang soleh dan solehah. Selepas daripada itu kita akan melancarkan Tabung Bencana Padang bagi membantu sahabat/saudara kita di sana. Semoga tuan/puan dapat hadir dan menyebarkan maklumat ini kepada yang lain. Terima kasih. Zulkarnain Yazid Pengerusi Surau ARA |
|
Tajuk: PELAKSANAAN SOLAT JUMAAT DI SURAU BANGI PERDANA September 08, 2009 Dipos oleh : admin Salam, Saya bagi pihak Persatuan Penduduk Bangi Perdana (PPBP) merakamkan rasa syukur kepada Allah SWT di atas kelulusan ini dan lebih menggembirakan ianya jatuh pula pada bulan Ramadhan al-Mubarak ini. PPBP mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Pengerusi Surau BP dan AJK yang telah bertungkus lumus bagi mendapatkan kelulusan ini. Moga seluruh komuniti Bangi Perdana akan diberkati Allah dengan memanfaatkan surau ini untuk masyarakat sekitar Bandar Baru Bangi. Kemudahan ini juga diharapkan dapat memastikan para remaja lelaki sekolah-sekolah yang bersekitaran dapat menunaikan solat jumaat dan tidak lagi ada yang cuba meninggalkannya. Sama-samalah kita santuni mereka. Terima kasih. Fakhrul SU PPBP |
|
Tajuk: Kejadian Pecah Masuk Rumah August 18, 2009 Dipos oleh : admin Saya telah dimaklumkan oleh saudara Shamsul Anwar wakil jalan 3/31 sebentar tadi bahawa sebuah rumah (En Nizam, #56, 3/31) telah dipecah-masuk siang hari semalam. Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 10 pagi - 12 tghari (semasa waktu tuan rumah keluar bekerja). Diharap kita lebih berhati-hati dan tolong-menolong memantau rumah jiran. Sekiranya kelihatan seperti ada yang tak kena, bolehlah bantu apa yang boleh. Subhi 3/27 AJK Keselamatan TB3 |
|
Tajuk: Kecurian kereta July 26, 2009 Dipos oleh : admin Awal pagi tadi berlaku satu lagi rompakan di taman kita. Kali ini melibatkan sahabat kita Sdr Saiful, S/U surau. Kereta Toyota Rush beliau telah dilarikan oleh perompak yang tidak berperi kemanusiaan. Selepas solat subuh saya mewakili ahli jemaah yang lain merakamkan rasa simpati yang amat sangat ke atas ujian yang menimpa Sdr Saiful. Apa yang kami boleh kata ialah semoga Sdr Saiful bersabar dengan ujian ini. Allah swt yang maha besar yang telah menentukan ianya berlaku, maka ianya tetap akan berlaku. Kita ni adalah insan yang lemah. Kita tak boleh nak rasa bahawa segala persiapan yang kita lakukan boleh menghindarkan daripada ianya berlaku. Oleh sebab itu rasa kebergantungan yang 100% hanya patut kita serahkan kepada Allah swt semata-mata. Saya dan Sdr Zahari telah menemani beliau untuk membuat laporan polis di Balai Polis BBB. Sesampai di sana, pegawai polis memberitahu yang sebelum ni ada seorang yang telefon memberitahu bahawa kereta Toyota Rush beliau telah hilang. Maknanya 2 biji Toyota Rush telah hilang pada awal pagi ni. Semoga Allah melindung kita dan taman kita daripada berlakunya perkara yang tidak baik seperti ini. Ameen. Wassalam Zul |
|
Tajuk: Pesta Makan Durian July 26, 2009 Dipos oleh : admin Alhamdulillah, malam tadi Biro Pembangunan Keluarga yang diketuai oleh Abang Zul dan dibantu oleh beberapa orang sahabat termasuklah Sdr Hamdan dan Pak Lah telah berjaya melaksanakan satu program yang dipanggil “Pesta Makan Durian”. Walaupun namanya agak hebat, tapi dalam ucapan aluan, saya menekankan matlamat program ini tidak lain dan tidak bukan ingin menyahut seruan Allah swt yang telah berfirman yang bermaksud “Sesungguhnya tiada lain hanya sifat orang yang beriman itu adalah bersaudara mara”. Dan Allah juga mengingatkan kita supaya kita sentiasa memperbaiki dan meningkatkan mutu ukhuwah di antara sesama muslim. Oleh yang demikian adalah menjadi tanggungjawab kita mancari jalan untuk meningkatkan ukhuwah sesama kita. Makan durian bersama-sama dengan ahli qariah merupakan salah satu aktiviti yang boleh membantu menuju ke arah yang disebutkan tadi. Walaupun dalam al-quran tak ada le ayat yang menyuruh kita manganjurkan aktiviti makan durian, tetapi asalkan ianya boleh memberi munafaat kepada agama, ianya tidak menjadi halangan. InsyaAllah semoga program seumpama ini boleh dianjurkan lagi pada masa yang akan datang. Terima kasih kepada semua penyumbang dan penduduk yang terlibat. Wassalam Zul |
|
Tajuk: Kelas Tambahan Untuk Pelajar Sekolah Menengah July 22, 2009 Dipos oleh : admin AJK Persatuan Penduduk Taman Bangi 3 merancang untuk mengadakan Kelas tambahan seperti kelas fardu ain dan mengaji Al-Quran pada waktu pagi Isnin hingga Khamis. Ia terbuka kepada pelajar sekolah menengah sesi petang. Bayaran yuran kelas akan diputuskan kemudian. |
|
Tajuk: Kejadian Pecah Rumah - 13/07/09 July 14, 2009 Dipos oleh : admin Dimaklumkan bahawa pagi tadi ada kejadian rumah tadika di Seksyen 4 dimasuki pada jam lebih kurang 4.45pagi. Suspek penjenayah melarikan diri setelah penghuni tersedar dan menjerit. Sebanyak 3 kereta peronda polis tiba.Beliau dikejar tetapi berjaya melarikan diri meskipun cuba dijejaki polis. Pada masa yang sama, sebuah lagi rumah cuba dicerobohi tetapi tuan rumah tersedar dan mengejar suspek. Alhamdulillah tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku. Dalam masa setengah jam, dua buah rumah yang berdekatan berjarak 30 meter antara satu sama lain terlibat. Kita menyarankan agar semua lebih berhati-hati. Andai terdengar atau terlihat sebarang kejadian yang mencurigakan, hubungi jiran-jiran dan balai polis seberapa segera. Menurut pegawai polis, waktu operasi biasa berlaku adalah 4.00am - 6.00am, dan PENJENAYAH AKAN CUBA MEMASUKI RUMAH LAIN ANDAI BELIAU GAGAL MENDAPAT SEBARANG HASIL DARI RUMAH YANG TELAH DICEROBOHI TERDAHULU. Wassalam. TAJUL NIZAM BIN IBRAHIM |
|
Tajuk: Ke manakah anak2 kita pergi? July 14, 2009 Dipos oleh : admin Kebetulan dakwat printer kat rumah saya dah habis. Oleh kerana ada dokumen yang nak diserahkan pada hari ni, sayapun pergi ke salah sebuah cyber kafe di seksyen 3 BBB, dekat petronas. Waktu masa tu lebih kurang pukul 10.00pagi. Apa yang menyedihkan ialah, pada waktu tu cyber kafe tu dipenuhi dengan pelajar yang asyik bermain game. Saya yakin budak2 tu adalah pelajar tingkatan 1 dan 2 yang bersekolah di sesi petang. Besar kemungkinan ibu bapa mereka tak tahu aktiviti anak-anak ni. Mana ada ibu bapa yang nak biarkan anak-anak mereka melepak menghabiskan masa dicyber cafe. Saya tak berhajat nak memanjangkan cerita masalah anak-anak ni yang jika tidak dikawal ianya akan merosakkan generasi kita yang akan datang. Jika kita lihat sistem pendidikan kita sekarang ni, hanya pelajar sekolah rendah sahaja yang disediakan kelas agama pada setiap hari. Tetapi malangnya tidak banyak ataupun tidak ada institusi yang boleh meneruskan pengajian agama untuk pelajar yang berada di peringkat menengah. Oleh itu berlaku masalah di atas yang mana terdapat ruang kosong pada waktu pagi bagi pelajar ting 1 dan 2 yang belajar di sesi petang. begitu juga pelajar ting 3-5 mempunyai ruang kosong pada waktu petangnya pula. Apa yang mereka nak buat pada waktu tu. Anak-anak ni akan rasa bebas apabila masuk ke era sek menengah kerana tak perlu pergi ke kelas agama. Persoalanannya, adakah kita boleh monitor anak-anak ni supaya duduk di rumah, buat ulang kaji, mentelaah buku, baca alquran dll. Saya fikir dah tentu sukar. Saya sendiri memang tak mampu nak pastikan perkara tersebut berlaku. Oleh sebab itu kita sebagai ibu bapa yang perlu membantu anak-anak ni dengan menyediakan aktiviti yang munafaat kepada mereka. Sebenarnya perkara ni baru sahaja dibincangkan pada minggu lepas dalam jk surau Abdul Rahman Auf yang mana Biro Pendidikan akan mengambil tanggungjawab bagi menyediakan penyambungan pendidikan agama yang mereka telah ikuti di sekolah rendah. Biro Pendidikan akan menganjurkan kelas agama bagi pelajar sekolah menengah bertempat di surau Abdul Rahman Auf Taman Bangi 3. Maklumat lanjut mengenai kelas ini akan dimaklumkan kemudian dan insyaallah ianya akan dimulakan tidak lama lagi. Kepada ibubapa yang berminat boleh buat pendaftaran mulai sekarang. Semoga dengan usaha yang kecil ini akan memberi munafaat kepada kita terutamanya kepada anak-anak kita, insyaAllah. Sekian, Wassalam Zulkarnain Yazid Pengerusi Surau Abdul Rahman bin Auf TB3 |