| <-- Kembali | SENARAI PENGUMUMAN TAMAN BANGI 3 |
|
Tajuk: Aktiviti Remaja TB3 - Sabtu, 4/7/09 July 03, 2009 Dipos oleh : admin Salam kepada semua, Dimaklumkan bahawa berikut adalah aktiviti remaja TB3 pada minggu ini. Kepada yang ada kelapangan, anda dijemput untuk bersama-sama mereka pada hari sabtu 4 Julai 2009. 8.00 am - Taman Bangi 3 Gotong Royong membersihkan jalan masuk di taman permainan Fasa 3. (Mencantas pokok yang menghalang laluan masuk ke padang permainan dan juga potensi kejadian jenayah). Anda dijemput dengan membawa peralatan gorong royong sendiri. 5.00 pm - Padang Bolasepak Pusat Latihan Percukaian (Depan MFI) Bangi Perlawanan Bolasepak Remaja menentang pasukan dari Seksyen 1. 9.00 pm - Mesyuarat Pertama Lawatan Ke Jakarta dan B.B.Q di Surau Abdul Rahman Auf Semua diminta untuk membawa makanan sendiri. Wassalam TAJUL NIZAM BIN IBRAHIM Biro Remaja Beriadah dan Beribadah. |
|
Tajuk: Tabung Naik Taraf Surau June 19, 2009 Dipos oleh : admin Jawatankuasa surau pada mesyuarat bertarikh 15 Mei 2009 telah bersetuju untuk menaik taraf surau dengan meyediakan kemudahan Peti Derma(kekal), pembesar suara, penggatian karpet, 3 buah aircond dan tangki air (surau pada masa ini tiada tangki air). Jumlah anggaran kos keseluruhan ialah RM30,000. Jawatankuasa surau bersetuju untuk mempelawa ahli kariah surau bagi menyumbang derma kepada tabung ini melalui derma secara lot. Jumlah satu lot ialah sebanyak RM50.00 sahaja. Sebanyak 600 lot dibuka kepada semua ahli kariah. Sasaran untuk menyediakan kemudahan ini ialah sebelum Ramadhan tahun ini (pertengahan Ogos 2009) Tempahan derma lot ini boleh ditulis id papan kenyataan surau dan seterusnya bayaran dibuat kepada bendahari atau mana-mana AJK surau. Sebarang pertanyaan, sila hubungi pengerusi surau, Dr. Ahmad Hariza atau bendahari, Sdra Isaharudin. |
|
Tajuk: Mesyuarat Agung Penduduk & Surau TB3, 19/06/2009 June 17, 2009 Dipos oleh : admin Semua di jemput hadir pada Mesyuarat Agung Persatuan Penduduk and Surau Taman Bangi 3 pada hari Jumaat ini. Butiran lanjut tentand mensyuarat ini telah pun diedarkan di peti-peti surat penduduk taman. |
|
Tajuk: Lawatan Bolasepak ke Jakarta, 2011 June 17, 2009 Dipos oleh : admin Dimaklumkan bahawa kita merancangan untuk mengadakan lawatan bolasepak ke Jakarta pada Jun 2011. Perancangan ini adalah gerakerja jangka sederhana untuk remaja. Dengan adanya pelan ini, kita sediakan satu "visi" atau matlamat jelas untuk remaja dari hari ini hingga Jun 2011. "Mission" atau gerakerja akan bergantung kepada mereka sendiri dari segi persediaan kemahiran bolasepak dan wang ringgit. Kita juga telah maklumkan kepada remaja cara untuk mereka mencari dana perbelanjaan yang dianggarkan RM1,000-1,500 seorang. Majlis pelancaran “Lawatan Bolasepak ke Jakarta 2011” akan diadakan pada mesyuarat Agung Surau kita pada Jumaat 19 Jun 2009 bertempat di Surau Abdul Rahman Auf. Program lawatan ini tidak hanya terhad kepada perlawanan bolasepak, juga kita merancang aktiviti ziarah di negara jiran ke Universiti, Muzium dan tempat-tempat bersejarah. Lawatan ini terbuka kepada semua lapisan penduduk. Berikut adalah ringkasan lawatan: 1. Meningkatkan semangat kekitaan dikalangan remaja. 2. Aktiviti perlawanan bolasepak. 3. Pendedahan remaja dengan suasana antarabangsa. 4. Aggaran kos RM1,500 seorang (tambang RM500, passport berkumpulan RM200 dan selebihnya untuk hotel,makan dan lawatan). 5. Kapalterbang “Air Asia” atau KLM Royal Dutch Airline. 6. Digalakkan peserta dan keluarga turut serta. Butiran dan perancangan seterusnya akan dibentangkan dalam mesyuarat Agung dan Jawatankuasa Surau/Penduduk Taman Bangi 3. Penglibatan anda sebagai Jawatankuasa dan peserta untuk lawatan ini amat dialu-alukan. |
|
Tajuk: Lawatan ke Felda Sendayan, 12/06/09 June 17, 2009 Dipos oleh : admin Seramai 18 peserta remaja mengikuti rombongan ini dengan satu van dan dua buah kereta. Pada perlawanan ini, pasukan kita tewas 4-0. Berbagai pengalaman ditimba sewaktu lawatan. Segala urusan persiapan dan persalinan dibuat di Masjid dikampung berkenaan. Anak kariah kita melaungkan azan Asar disitu, satu perkara yang membanggakan. Selepas perlawanan, kita bersolat maghrib bersama jemaah kampung, satu lagi perkara yang juga jadi kebanggaan, kita dapat membawa kesemua remaja bersolat bersama-sama. InsyaAllah, dengan sokongan semua, usaha ini akan diteruskan dimasa akan datang. Wassalam. TAJUL NIZAM BIN IBRAHIM |
|
Tajuk: Mesyuarat Agong kE-4 PPTB3 May 06, 2009 Dipos oleh : admin Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agong kali ke - 4 Persatuan Penduduk Taman Bangi 3 akan diadakan seperti berikut: Tarikh: Sabtu, 9hb Mei 2009 Waktu: 9:00pagi Tempat: Surau Abdul Rahman Auf Kehadiran penduduk-penduduk Taman Bangi 3 adalah amat dialu-alukan. |
|
Tajuk: Rumah di Jalan 3/33 dimasuki pencuri March 20, 2009 Dipos oleh : admin Dimaklumkan bahawa rumah No 10 Jalan 3/33, Tmn Bangi 3 (rumah bujang) dimasuki pencuri sebelum Jumaat tadi (20/03/2009) . Kehilangan lap top & barangan berharga. * Berhati2 kawan semua. Sekian terimakasih - Nik - |
|
Tajuk: Karnival UntukMu Palestin - Penghargaan March 02, 2009 Dipos oleh : admin Saya bagi pihak AJK karnival ingin merakamkan berbanyak2 terima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan oleh tuan puan bagi menjayakan program di atas. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala sumbangan yang telah diberikan. Tanpa kerjasama daripada tuan puan adalah sukar prorgram seumpama ini dapat dijayakan. Kami juga memohon berbanyak kemaafan di atas segala kelemahan di dalam menjayakan program tersebut. Sebarang komen boleh le diajukan kepada saya ataupun ajk karnival yang lain. Semoga taman kita akan terus makmur dan diberkati Allah swt. Wassalam Zulkarnain Yazid Koordinator Karnival Untukmu Palestin |
|
Tajuk: Karnival Untukmu Palestin February 28, 2009 Dipos oleh : admin Aktiviti larian Gaza Run telah pun dijalankan dengan jayanya, sebentar tadi. Banyak lagi aktiviti2 yang menanti. Ayuh, kita bersama-sama jayakan program karnival untukmu Palestin. |
|
Tajuk: Gelanggang Futsal telah disiapkan February 23, 2009 Dipos oleh : admin Alhamdulillah, gelanggang Futsal telah disiapkan mengikut jadual. Sebanyak 5 gelanggang telah dibina dan semoga pertandingan ini akan berjalan dengan lancar. Garisan gelanggang walaubagaimanapun belum dapat disudahkan kerana hujan rahmat yang turun dengan lebatnya pada petang ahad, yang insyaAllah, akan terus menyuburkan padang kita. Cuma satu kekhuatiran, kehadiran lembu-lembu yang mungkin akan memberi masalah sekiranya lembu bersandar ke tiang gol futsal berkenaan. Sama-sama kita berdoa agar tiang gol itu akan kekal sehingga hujung minggu ini. Terima kasih diucapkan kepada mereka yang hadir pada hari gotong-royong. ADALAH AMAT DIHARAPKAN AGAR ANDA DAPAT SAMA MEMBANTU PADA HARI KEJOHANAN. Wassalam. Tajul Nizam bin Ibrahim |