<-- Kembali SENARAI PENGUMUMAN TAMAN BANGI 3
Tajuk: Aktiviti berakit & Perlawanan Bolasepak (Slim River)
February 23, 2009
Dipos oleh : admin

Adalah dimaklumkan bahawa aktivit berakit telah berjalan dengan jayanya. Satu pengalaman yang amat berharga dan menyeronokkan. InsyaAllah, jika berpeluang, kita akan rancangkan satu lagi aktiviti dimasa depan.

PERLAWANAN BOLASEPAK REMAJA DI KAMPUNG SAWA, SLIM VILLAGE.
Peralawanan begitu rancak dengan kita mendahului 1-0 pada separuh masa pertama. Namun, sokongan penonton tuan rumah yang memenuhi segenap penjuru padang tetap memberi kelebihan kepada mereka. Pemain kita agak tertekan dengan asakan bertali arus selain sorakan penonton yang banyak mempengaruhi pergerakan pemain. Pada perlawanan ini, pasukan kita tewas 1-2 kepada pasukan Tanjung Malim.  Satu lagi pengalaman berharga untuk pasukan remaja.
 
 
Wassalam.
TAJUL NIZAM BIN IBRAHIM



Tajuk: Gotong Royong Futsal UntukMu Palestin (Ahad 22 Feb09)
February 20, 2009
Dipos oleh : admin

Aktiviti Gotong Royong menyediakan gelanggang futsal di padang TB3
Sebanyak 6 gelanggang akan dibina dan anda dijemput untuk sama2 membina gelanggang pada :
Ahad 22hb Februari 2009
9.00am - 11.30am.
Tempat di Padang TB3
Peralatan : Sila bawa bersama anda peralatan pertukangan seperti penukul, kereta sorong, gergaji, paku, penyodok, cangkul dan apa-apa alatan lain yang ada dalam simpanan anda.
Kehadiran anda amat dihargai.
 
Wassalam.
Tajul Nizam bin Ibrahim
Biro Remaja
013 3 423 423

Tajuk: Buletin Bangi 3 Bil 1 2009
February 17, 2009
Dipos oleh : admin

Adalah dimaklumkan bahawa Buletin Bangi 3 Bilangan 2 Tahun 2009 Keluaran Februari telah pun dimuatkan. Sila layari menu Buletin TB3 untuk mendapatkannya.



Tajuk: Mesyuarat AJK PPTB3 & Karvinal Untukmu Palestin
February 11, 2009
Dipos oleh : admin

Adalah dimaklumkan bahawa mesyuarat AJK PPTB3 dan Mesyuarat Karnival Untukmu Palestine kali ke-2 akan diadakan seperti berikut:
Tarikh:    Jumaat, 13 Feb 2009
Masa:     9:00pm (lepas solat Isya')
Tempat: Surau Abdul Rahman Auf


Tajuk: Mesyuarat Jawatankuasa Karnival Untukmu GAZA (31/01/09)
January 30, 2009
Dipos oleh : admin

Mensyuarat untuk membincangkan perkara2 berkenaan karnival untukmu Gaza akan di adakan seperti berikut:
Tarikh: Sabtu, 31 Jan 2009
Tempat: Surau
Waktu: Selepas Isya'

Semua yang telibat dijemput hadir.


Tajuk: Karnival Untukmu Gaza (28/2 - 1/3/2009)
January 23, 2009
Dipos oleh : admin

Karnival ini akan diadakan pada 28/2/2009 hingga 1/3/2009. Sila klik di sini untuk mendapatkan borang pendaftaran aktiviti & gerai jualan.

Objektif:
  1. Untuk menghulurkan bantuan kepada saudara2 kita di Gaza
  2. Menyediakan peluang kepada usahawan untuk mempamir dan menjual barangan mereka
  3. Meningkatkan ikatan ukhuwah dikalangan penduduk dan pengunjung.
Keseluruhan hasil sewaan gerai dan pendapatan dari penganjuran aktiviti2 akan disalurkan ke Gaza.


Tajuk: Aktiviti berakit diTanjung Malim pada 21/2/09
January 13, 2009
Dipos oleh : admin

Dimaklumkan bahawa Biro Remaja bercadang untuk mengadakan aktiviti berakit untuk dewasa di Sungai Slim, Tanjung Malim pada :
Tarikh : Sabtu 21hb Februari 2009
Tempat : Slim River, Tanjung Malim
Waktu : Bertolak 7am dari Surau Abdul Rahman Auf. Kembali ke Taman 7pm.
 
Peserta berakit hanya dibenarkan kepada orang dewasa dan anak-anak remaja hanya akan dibenarkan menyertainya dengan penglibatan waris atau bapa. Sementara berakit, anak-anak remaja akan berehat di tapak perkhemahan.
 
Tujuan diadakan aktiviti ini adalah untuk mendapat pengalaman baru, menyemai semangat jati diri dengan aktiviti lasak dan semangat kerjasama di kalangan warga Taman Perumahan kita. Tujuan tersirat aktiviti ini adalah untuk kita lebih mendekati remaja. 
 
Pada hari yang sama, disebelah petang, InshaAllah, pasukan bolasepak remaja kita akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan remaja di sana.
 
Aturcara:
7.00am bertolak ke Tanjung Malim
9.00am - 12.30pm aktiviti berakit untuk dewasa.
1.00pm - 4.00pm berehat di tapak perkhemahan.
5.00pm perlawanan bolasepak remaja
7.00pm kembali bertolak ke Taman Bangi 3.
 
Adalah diharapkan agar anda dapat meluangkan masa untuk aktiviti lasak kita ini. Penyertaan anda amat dialu-alukan.
 
Sila hubungi Biro Remaja untuk penyertaan.
 
Sekian, Salam Hormat.
 
TAJUL NIZAM BIN IBRAHIM
Biro Remaja.


Tajuk: Ceramah umum dan perlancaran tabung derma Palestin
January 07, 2009
Dipos oleh : admin

Di surau Abdul Rahman Auf, Taman Bangi 3
Tarikh: Khamis, 8hb Januari 2009
Masa: Selepas Solat Maghrib
Penceramah: Prof. Madya Dr. Abdullah Sudin

Marilah kita bersama mendengar ceramah yang akan disampaikan dan juga sama-sama menderma untuk saudara kita yang sedang menderita di bumi Palestine.




Tajuk: Laman Web Baru
January 05, 2009
Dipos oleh : admin

Ini adalah laman web baru, sempena Tahun Baru Hijrah 1430 dan Tahun Baru Masihi 2009..