| <-- Kembali |
Dihantar: October 29, 2009 Dimaklumkan bahawa Biro Remaja TB3 bercadang menyertai program bersama saudara kita (Saudara Baru) yang telah memeluk agama Islam yang di anjurkan oleh Biro Wanita Surau Ar-Rahim Seksyen 8 Fasa 2, mengikut jadual berikut: Tarikh - Sabtu 21hb November 2009 Waktu - 8.30pagi hingga 11.30 pagi Tempat - Desa Mansuriah Dengkil Agenda - Ziarah, Majlis gotong royong membersihkan surau serta jamuan ringan. Tujuan aktiviti ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para remaja tentang kehidupan, cabaran dan hubungan kita dengan saudara kita ini. Para aktivis muslimah surau SS8 akan mengendalikan urusan pengangkutan, jamuan dan aktiviti di sana. Saya bersama Isteri turut serta pada lawatan ini dan kepada anda yang ada kelapangan, dijemput untuk bersama anak remaja (lelaki atau perempuan) mengikuti program ini. InsyaAllah, kita berharap agar Remaja TB3 akan beroleh pengalaman baru dalam kehidupan mereka. Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya di 013 3 423 423. TAJUL NIZAM BIN IBRAHIM Biro Remaja. |