| <-- Kembali |
Dihantar: February 25, 2010 Saya baru saja mendapat maklumat dari penduduk di taman sebelah mengenai rompakan yang berlaku semalam (23 Feb) @ No 2, Jalan 3/65. (Rumah jemaah surau kita Mejar Aziz cikgu taranum, Hj Nasarudin ex-MARA @ 3/64 kalau tak silap saya) Kejadian berlaku sekitar 1 tengahari dimana perompak masuk ke rumah semasa pintu pagar terbuka, mengacukan pisau pada kanak-kanak dan memerintahkan maid memberikan emas (barang kemas) dan wang. Dipercayai dilakukan oleh 2 orang lelaki, tinggi, berkulit hitam dan menaiki motor berwarna kehijauan. Ada kelihatan sebelum ini berligar ligar di sekitar taman mereka. BERHATI-HATI. Mari kita pastikan pintu grill kita ditutup sekurang-kurangnya. Susah juga nak counter problem ni, kita cover malam, dia buat operasi siang pulak. Subhi (AJK Keselamatan TB3) |