| <-- Kembali |
Dihantar: March 01, 2010 Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan penuh untuk aktiviti Taman kita sempena Maulidur Rasul pada minggu yang lalu. FUTSAL Sebanyak 15 pasukan mengambil bahagian dengan jumlah peserta 75 orang. ISTANA PASIR Sebanyak 8 pasukan mengambil bahagian dengan penyertaan 24 peserta. Pun begitu, kehadiran ibu bapa dan anak-anak bermain bersama peserta telah memeriahkan pertandingan ini. InsyaAllah, pertandingan seterusnya akan diadakan pada bulan April yang akan datang. Sebanyak dua lori pasir digunakan dan alhamdulillah, pasir berkenaan telah ditambak untuk fasa 1 bagi aktiviti membaik pulih taman yang sering banjir. LAWATAN KE SINGAPURA MARCH 2011. InsyaAllah, kita akan mengadakan lawatan ke Singapura awal tahun depan semasa cuti sekolah dan juga cuti semester institut pengajian tinggi. Amatlah diharapkan agar kita dapat sama-sama menyertai rombongan ini. Kita akan menyewa satu atau dua bas ke sana. Kita sedang memperincinkan kos setiap peserta dan pemakluman akan dibuat dari masa ke semasa. Diharap anda dapat merancang untuk turut sama dengan REMAJA melawat kota Singa ini. - Tajul - |